Jumaat, 15 Oktober 2010

Keluhan Mahasiswa


        Apabila kita punya satu impian membantu anak-anak muda kita untuk mengenali dunia luar tidak tercapai, sudah tentu timbul perasaan kecewa dalam diri akibat kegagalan yang kita hadapi tidak kiralah kegagalan itu berpunca daripada daripada pengurusan kita, atau ianya membabitkan orang lain. Akan tetapi jika dinilai dari sudut ekonomi, saya bukanlah seorang yang punya ekonomi kukuh untuk melaksanakan program-program yang dirancang, tambahan lagi saya hanya salah satu daripada  pelajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Kota Kinabalu yang tidak mempunyai income tetap melainkan pemberian daripada kedua ibu bapa yang bertungkus lumus untuk membantu saya, dan untuk mejayakan program ini, ianya sudah pasti perlunya bantuan daripada pelbagai pihak khususnya bantuan kewangan bagi tujuan perlaksanaan program yang telah dirancang bagi menjayakannya. Namun dengan apa yang berlaku baru-baru ini, saya mengalami kesulitan untuk melaksanakan program yang melibatkan masa depan anak-anak muda daerah Matunggong, program yang dirancang dengan Tema “ Hala Tuju Pelajar “ ini tidak mendapat sokongan daripada pihak yang berhormat yang diharapkan dapat membantu dari segi kewangan bagi perlaksanaan program ini. Apa yang menjadi pertanyaan saya, adakah program yang ingin dilaksanakan ini tidaklah berfaedah untuk anak-anak muda khususnya di daerah Matunggong? Adakah program ini tidak mendapat tempat di dalam program pembangunan model insan di daerah Matunggong?, hal ini menjadi pertanyaan saya kepada pihak yang bertanggungjawab. Beberapa minggu yang lalu, saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat untuk memohon peruntukan kewangan daripada Yang Berhormat bagi tujuan perlaksanaan program ini, namun ianya amat mengecewakan apabila surat yang dihantar kepada pihak Yang Berhormat tidak mendapat maklum balas, malahan apabila saya cuba untuk menghubungi pihak yang menyatakan dirinya boleh membantu untuk berhubung dengan pihak Yang Berhormat, ianya seperti tidak mengambil tahu akan hal ini. Program ini akan di adakan dalam masa beberapa hari lagi, seandainya program ini tidak mendapat sokongan dari segi bantuan kewangan, maka program ini tidaklah dapat diteruskan. Anak-anak muda di daerah matunggong juga semestinya terlepas satu lagi peluang untuk mempelajari bagimana membina membina modal insan yang bukan sahaja berguna untuk masayarakat khusunya daerah Matunggong malah untuk negara ku yang tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan