Jumaat, 26 November 2010

Kesedaran Pentingnya Pendidikan Masayarakat Rungus

    Jika dilihat dari dahulu sehingga sekarang, ramai anak-anak muda khususnya di daerah kita (MATUNGGONG) yang tidak mempunyai pendidikan, sebagaimana yang kita harapankan agar bangsa kita melahirkan banyak generasi yang berpendidikan dan profesional bukan hanya memiliki kemahiran malahan memiliki taraf pendidikan yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara kita Malaysia. Saya juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, apakan lagi untuk tergolong diantara mereka yang profesional, akan tetapi keinginan dan kerinduan untuk melihat lebih ramai lagi bangsa Rungus khususnya di daerah Matunggong yang berpendidikan  dan menjadi seseorang yang profesional justeru berpengaruh didaerah Matunggong adalah sangat tinggi. Saya bangga dengan individu-individu (Rakyat Matunggong) yang berpendidikan tinggi dan tersenarai dalam golongan-golongan yang profesional, kerana mereka adalah contoh terbaik bagi masayarakat kita (MATUNGGONG).
    Namun jika dilihat pada masa kini, masih ramai di antara kita (Ibu bapa/Generasi-genarasi baru) yang tidak sedar akan pentingnya pendidikan, kerana ianya ialah pemangkin masa depan seseorang.Sememangnya ada banyak lagi sebab lain, tapi saya mengambil ini sebagai perkara yang ingin dikatan, kerana hal inilah yang selalu diucapkan mereka, kelihatanya seperti sudah menjadi kata-kata hikmat. Saya tidak mengadili sesiapa, akan tetapi alasan yang kita selalu dengar daripada golongan ibu bapa khususnya bagi anak-anak mereka yang baru selesai (SPM/STPM) mereka selalu berkata (
"Aso siin pamalanja tanganak sumikul/Tidak punya duit untuk membiayai pembelajaran anak sekolah"). Ini bukanlah fakta yang betul, apa lagi untuk dijadikan sebagai alasan. Untuk melanjutkan pembelajaran, kerajaan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan seperti (PTPTN/MARA)malahan biasiswa juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan, kemiskinan bukanlah penghalang kepada kita untuk berjaya dalam pendidikan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
    Saya tidak segan untuk menyatakan keperitan hidup keluarga saya kerana ini adalah suntikan semangat bagi masayarakat  kita di Matunggong. Ibu saya sendiri Asmoi Minjun semasa zaman sekolahnya dahulu  mempunyai latar belakang keluarga serba kekurangan, zaman sekolahnya tidak seperti rakan-rakanya yang lain sering berkecukupan,wala sehingga pernah semasa tiba masa untuk beliau kembali ke sekolah di (SMK/ABDUL RAHIM), beliau hanya diberi RM 2.00, cukup untuk membiayai perjalan pergi ke sekolah sahaja. Namun disebabkanupun mungkin tidak semua sama, namun keinginan untuk mengubah kehidupan dan ingin mengejar pendidikan, semuanya itu dilakukan dengan tabah dan sukacita. Hari ini saya dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada kehidupan Ibu saya di zaman sekolah beliau. Ternyata dengan adanya pendidikan ianya boleh melakukan transfomasi yang besar dalam kehidupan. Tujuan saya menyatakan ini bukanlah untuk membangga-banggakan keluarga saya, tapi sebagai suntikan semangat bagi bangsa kita,tidak ada alasan bahawa kedaifan hidup kita menjadi penghalang untuk berjaya,saya berharap masayarakat kita berfikiran lebih terbuka lagi untuk kemajuan bangsa kita sendiri.
    Kesedaran yang tinggi mengenai usaha meningkatkan kesedaran berhubungan pentingnya pendidikan di kalangan masayarakat kita Rungus perlu dipertingkatkan melalui pendedahan dan penyertaan awam bagi memberi kesedaran dan pemahaman  mengenai isu pendidikan dikalangan bangsa kita. Untuk mengikis stigma ketidaksedaran pentingnya pendidikan perlu membabitkan individu, keluarga, orang ramai, masayarakat sekeliling dan dikalangan profesional. Ini merupakan cabaran utama yang kita hadapi dikalangan masayarakat kita, ini kerana ianya berkait rapat dengan masa depan masayarakat rungus di daerah kita khususnya(MATUNGGONG.)..

"Impikan satu kelompok bangsa yang berpendidikan, justeru menyumbang kepada kemajuan negara kita MALAYSIA"