Jumaat, 26 November 2010

Kesedaran Pentingnya Pendidikan Masayarakat Rungus

    Jika dilihat dari dahulu sehingga sekarang, ramai anak-anak muda khususnya di daerah kita (MATUNGGONG) yang tidak mempunyai pendidikan, sebagaimana yang kita harapankan agar bangsa kita melahirkan banyak generasi yang berpendidikan dan profesional bukan hanya memiliki kemahiran malahan memiliki taraf pendidikan yang tinggi setanding dengan bangsa-bangsa lain di negara kita Malaysia. Saya juga bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi, apakan lagi untuk tergolong diantara mereka yang profesional, akan tetapi keinginan dan kerinduan untuk melihat lebih ramai lagi bangsa Rungus khususnya di daerah Matunggong yang berpendidikan  dan menjadi seseorang yang profesional justeru berpengaruh didaerah Matunggong adalah sangat tinggi. Saya bangga dengan individu-individu (Rakyat Matunggong) yang berpendidikan tinggi dan tersenarai dalam golongan-golongan yang profesional, kerana mereka adalah contoh terbaik bagi masayarakat kita (MATUNGGONG).
    Namun jika dilihat pada masa kini, masih ramai di antara kita (Ibu bapa/Generasi-genarasi baru) yang tidak sedar akan pentingnya pendidikan, kerana ianya ialah pemangkin masa depan seseorang.Sememangnya ada banyak lagi sebab lain, tapi saya mengambil ini sebagai perkara yang ingin dikatan, kerana hal inilah yang selalu diucapkan mereka, kelihatanya seperti sudah menjadi kata-kata hikmat. Saya tidak mengadili sesiapa, akan tetapi alasan yang kita selalu dengar daripada golongan ibu bapa khususnya bagi anak-anak mereka yang baru selesai (SPM/STPM) mereka selalu berkata (
"Aso siin pamalanja tanganak sumikul/Tidak punya duit untuk membiayai pembelajaran anak sekolah"). Ini bukanlah fakta yang betul, apa lagi untuk dijadikan sebagai alasan. Untuk melanjutkan pembelajaran, kerajaan Malaysia menyediakan pinjaman pendidikan seperti (PTPTN/MARA)malahan biasiswa juga disediakan bagi mereka yang berkelayakan, kemiskinan bukanlah penghalang kepada kita untuk berjaya dalam pendidikan, dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
    Saya tidak segan untuk menyatakan keperitan hidup keluarga saya kerana ini adalah suntikan semangat bagi masayarakat  kita di Matunggong. Ibu saya sendiri Asmoi Minjun semasa zaman sekolahnya dahulu  mempunyai latar belakang keluarga serba kekurangan, zaman sekolahnya tidak seperti rakan-rakanya yang lain sering berkecukupan,wala sehingga pernah semasa tiba masa untuk beliau kembali ke sekolah di (SMK/ABDUL RAHIM), beliau hanya diberi RM 2.00, cukup untuk membiayai perjalan pergi ke sekolah sahaja. Namun disebabkanupun mungkin tidak semua sama, namun keinginan untuk mengubah kehidupan dan ingin mengejar pendidikan, semuanya itu dilakukan dengan tabah dan sukacita. Hari ini saya dapat menikmati kehidupan yang jauh lebih baik daripada kehidupan Ibu saya di zaman sekolah beliau. Ternyata dengan adanya pendidikan ianya boleh melakukan transfomasi yang besar dalam kehidupan. Tujuan saya menyatakan ini bukanlah untuk membangga-banggakan keluarga saya, tapi sebagai suntikan semangat bagi bangsa kita,tidak ada alasan bahawa kedaifan hidup kita menjadi penghalang untuk berjaya,saya berharap masayarakat kita berfikiran lebih terbuka lagi untuk kemajuan bangsa kita sendiri.
    Kesedaran yang tinggi mengenai usaha meningkatkan kesedaran berhubungan pentingnya pendidikan di kalangan masayarakat kita Rungus perlu dipertingkatkan melalui pendedahan dan penyertaan awam bagi memberi kesedaran dan pemahaman  mengenai isu pendidikan dikalangan bangsa kita. Untuk mengikis stigma ketidaksedaran pentingnya pendidikan perlu membabitkan individu, keluarga, orang ramai, masayarakat sekeliling dan dikalangan profesional. Ini merupakan cabaran utama yang kita hadapi dikalangan masayarakat kita, ini kerana ianya berkait rapat dengan masa depan masayarakat rungus di daerah kita khususnya(MATUNGGONG.)..

"Impikan satu kelompok bangsa yang berpendidikan, justeru menyumbang kepada kemajuan negara kita MALAYSIA"


Khamis, 21 Oktober 2010

ADAT MINUM_MINUM KITA (RUNGUS)



          Pernah sekali saya terbaca sebuah artikel, dan di dalam artikel itu ada yang mengaitkan bahawa minum-minum (Minuman Yang Memabukkan) adalah adat istiadat bangsa Rungus. Secara peribadi saya tertarik akan hal ini, malah ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang adat istiadat suku kaum kita, saya cuma orang biasa yang tidak punya pengetahuan, tambahan pula saya bukanlah seorang yang arif tentang adat istiadat bangsa kita RUNGUS, apakan lagi pengetahuan yang mendalam tentang adat istiadat  Rungus. Walaupun saya seorang yang berbangsa Rungus, dibesarkan dikalangan masayarakat Rungus di Daerah Matunggong, banyak hal yang masih perlu saya pelajari dan saya mohon petunjuk sekiranya ada salah@silap dalam artikel saya ini, Namun persoalan saya sekarang ini adakah minum-minum ( Minuman Yang Memabukkan) ini sememangnya termasuk dalam adat istiadat bangsa kita(RUNGUS) atau hanya menjadi kebiasaan bagi bangsa kita?

                  Jika jawabannya ialah YA!!
       
        Saya ingin bertanya, sejauh manakah penghormatan bangsa kita terhadap adat istiadat suku kaum Rungus?jika dilihat dan dinilai secara pratikal, setujukah anda apabila minum2( Minuman Yang Memabukan) dilakukan setiap hari, tidak dinafikan setiap hari kita dapat melihat orang yang mabuk, malahan ada diantara mereka individu yang sama mabuk setiap hari. Jika dilihat di tamu-tamu daerah Matunggong:
Ø                                   
                                                Tamu Daerah Kecil Matunggong(Tamu Pada Hari KHAMIS)
Ø                                          Tamu Matunggong(Tamu Pada Hari SABTU)
     Perbuatan minum-minum yang seringkali kelihatan, sehinggakan mereka tersadai di merata tempat disebabkan mabuk akan minuman,saya pasti seandainya salah seorang diantara mereka yang pengsan di di khyalak orang ramai akibat mabuk ialah ahli keluarga anda, anda pasti punya perasaan malu, itu adalah hakikatnya. Ditambah lagi dengan perkara yang lebih menyedihkan apabila kita kehilangan orang yang kita sayang hanya kerana perkara minum2( Minuman Yang Memabukkan ) yang bangsa kita jadikan sebagai adat istiadat bangsa Rungus.Adakah hal ini boleh digelar sebagai adat istiadat suku kaum kita lagi,jika YA!Mungkin tidak salah jika saya katakan banyak diantara bangsa kita(RUNGUS),  yang tidak menghormati adat tradisi bangsa kita sendiri, hal sedemikian kelihatanya bukan lagi sebagai adat istiadat , tetapi menjadi kebiasaan bangsa kita, kita semua pasti tahu, bangsa kita selalu dikaitakan sebagai suku yang kuat minum, apabila adat kita dijadikan kebiasaan sehinggakan ianya akan menjadi batu sandungan bagi bangsa2 yang lain.
     
        Hal ini berlaku di kalangan masayarakat kita daripada dahulu sehinggalah sekarang ini, tanpa mengira usia, daripada peringkat mereka yang Berusia, Dewasa,  Remaja, malah lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang berumur 5 ke 10 tahun tahu bagaimana untuk minum-minum ( Minuman Yang Memabukan ), banyak anak-anak muda sekarang yang terjebak dalam gejalah minum, yang kita namakan sebagai adat, akan tetapi ianya seperti hanya kebiasaan, anak-anak muda Matunggong yang bakal menjadi pelapis kepimpinan akan datang bagi daerah Matunggong kebanyakannya semua kaki botol. Sampai bila bangsa kita (RUNGUS) akan maju sekiranya hal ini seringkali dikaitkan dengan adat istiadat bangsa RUNGUS......BERUBAHLAH............
 RINDUKANLAH SEBUAH BANGSA YANG BEBAS DARIPADA BELENGU KEMABUKAN
  “ PERUBAHAN BUKANLAH SUATU PERUBAHAN, SAMPAI TERJADI PERUBAHAN “

Jumaat, 15 Oktober 2010

Keluhan Mahasiswa


        Apabila kita punya satu impian membantu anak-anak muda kita untuk mengenali dunia luar tidak tercapai, sudah tentu timbul perasaan kecewa dalam diri akibat kegagalan yang kita hadapi tidak kiralah kegagalan itu berpunca daripada daripada pengurusan kita, atau ianya membabitkan orang lain. Akan tetapi jika dinilai dari sudut ekonomi, saya bukanlah seorang yang punya ekonomi kukuh untuk melaksanakan program-program yang dirancang, tambahan lagi saya hanya salah satu daripada  pelajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Kota Kinabalu yang tidak mempunyai income tetap melainkan pemberian daripada kedua ibu bapa yang bertungkus lumus untuk membantu saya, dan untuk mejayakan program ini, ianya sudah pasti perlunya bantuan daripada pelbagai pihak khususnya bantuan kewangan bagi tujuan perlaksanaan program yang telah dirancang bagi menjayakannya. Namun dengan apa yang berlaku baru-baru ini, saya mengalami kesulitan untuk melaksanakan program yang melibatkan masa depan anak-anak muda daerah Matunggong, program yang dirancang dengan Tema “ Hala Tuju Pelajar “ ini tidak mendapat sokongan daripada pihak yang berhormat yang diharapkan dapat membantu dari segi kewangan bagi perlaksanaan program ini. Apa yang menjadi pertanyaan saya, adakah program yang ingin dilaksanakan ini tidaklah berfaedah untuk anak-anak muda khususnya di daerah Matunggong? Adakah program ini tidak mendapat tempat di dalam program pembangunan model insan di daerah Matunggong?, hal ini menjadi pertanyaan saya kepada pihak yang bertanggungjawab. Beberapa minggu yang lalu, saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat untuk memohon peruntukan kewangan daripada Yang Berhormat bagi tujuan perlaksanaan program ini, namun ianya amat mengecewakan apabila surat yang dihantar kepada pihak Yang Berhormat tidak mendapat maklum balas, malahan apabila saya cuba untuk menghubungi pihak yang menyatakan dirinya boleh membantu untuk berhubung dengan pihak Yang Berhormat, ianya seperti tidak mengambil tahu akan hal ini. Program ini akan di adakan dalam masa beberapa hari lagi, seandainya program ini tidak mendapat sokongan dari segi bantuan kewangan, maka program ini tidaklah dapat diteruskan. Anak-anak muda di daerah matunggong juga semestinya terlepas satu lagi peluang untuk mempelajari bagimana membina membina modal insan yang bukan sahaja berguna untuk masayarakat khusunya daerah Matunggong malah untuk negara ku yang tercinta.

Khamis, 14 Oktober 2010

CREATIVE THINKING

Creative thinking is thinking out of the box. It involved breaking down and restructuring our knowledge in producing and advancements in new technology, medicine, management, transportation and every element of human life. Creative is are creation of new and unique idea, not in pratice. It is the exciting road to innovation and new discovery. Creative thinking is a process of creating new ideas.
The following simple and short phrases and descriptive and capture the real meaning of the    “ true nature ” of creativity :
*        Generation of new ideas
*        Seeing and pursuing a large vision
*        Positive attitued of the mind that seeks something new’s
*        Using knowledge and skills to achieve value in news way’s
*        Causing something unique to come into being.
Theories Of Creative Thinking: Three Perspectives
*        Supernatural Perspective
*        Rational Perspective
*        Developmental perspective.
Characteristic Of Creative Thinker
*        Each of us has creative talents that reflect our individual personality and experiences in pursuing creativity
*        Most often people who believe that they are creative will achieve success in their career
*        We must be able to think positively and have a good attitude for example willing to learn news things to improve your level of knowledge and educational
*        A positive attitude and mindset for beneficial change guide your brain and energy toward getting the result your desire
*        People with positive attitued will see the positive side of all situations
*        With positive thinking, we also can avoid strees, depression and sadness.
The Major Views of creative Thinking
*        The Creative Product
*        The Creative Process
Four Characteristic Of Creative Thinking
*        ORIGINALITY
*        ELABORATION
*        FLUENCY
*        FLEXIBILITY
Wallack’s model problem solving
*        Preparation
*        Incubation
*        Illumination
*        Verification
Removing Blockages To Creative Thinking
*        Fears Of Failure
*        Lack Of Confidence
*        Thinking Fixity
*        Lack of breathing space for incubation
*        Low Tolerance For Ambiguity

Rabu, 13 Oktober 2010

Anak-Anak Muda Matunggong


  Pada masa kini kita dapat melihat sendiri dan mendengar pelbagai isu-isu semasa yang sering mengaitkan anak-anak muda era baru. Hal ini bukanlah suatu perkara yang asing lagi di kalangan anak-anak muda kita sekarang, saya sendiri tidak lepas untuk mengalami@melalui alam remaja, semua orang pastinya mengalami hal yang sama dimana mereka juga pernah turut serta melalui alam remaja, namun pangharapan yang tinggi diletakkan anak-anak muda di era baru yang diharapkan akan menjadi pelapis sebagai pemimpin  pada masa akan datang yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah daerah, bandar, wilayah baik negara sangatlah mengecewakan apabila anak-anak muda sering kali dikaitkan dengan gejala-gejala yang tidak bermoral, malahan terbabit dengan hal-hal yang menjadi musuh utama negara, jika dilihat peratus pesalah yang didapati di Negara kita Malaysia, ianya membabitkan ramai anak-anak muda yang diharapkan untuk menjadi pelapis pemimpin akan datang, antara hal-hal yang selalu kita dengar ialah  :

" Kes Pembuangan Bayi".
   Bayi yang tidak berdosa ini kehilangan hak untuk terus hidup,sedangkan                                              
   hal ini berlaku akibat daripada kerasukan  
   nafsu individu yang tidak bertanggunjawab!
" Penyalahan Gunaan DADAH " 
" Pembunuhan Tanpa Bersikap Perikemanusian"
" Melibatkan Diri Dalam Kumpulan Gengster "
" Kes Samun " 
" Merompak " 
   dan banyak lagi. Layakkah golongan anak-anak muda kita ini menjadi pemimpin?
   Jawabnya ialah "TIDAK "!

Anak-anak muda, khususnya bagi daerah (MATUNGGONG), bangsa kita (RUNGUS), hari ini saya ingin mencabar anda semua, buktikan pada semua, seluruh dunia bahawasanya kita adalah anak-anak muda yang punya prinsip dalam hidup, punya tujuan yang positif untuk dikerjakan, kita adalah mereka yang dimaksudkan sebagai pelapis kepimpinan di masa akan datang, buktikan pada dunia  bangsa kita adalah bangsa yang mempunyai ramai anak-anak muda yang membangun di atas dasar yang teguh, anak-anak muda yang mempunyai pendidikan, kita tidak boleh ketinggalan dengan pendidikan bangsa- bangsa lain, kita juga punya daya saing, dan bukanlah menjadi bahan cerita oleh bangsa-bangsa lain. Suatu hari nanti kitalah yang akan menjadi pemimpin akan negara kita khususnya (DAERAH MATUNGGONG), sangat mustahil kita akan senang apabila daerah kita dipimpin oleh bangsa lain, sedangkan kita sebagai penduduk tetap di daerah ini (MATUNGGONG) tidak dapat memimpin daerah sendiri. Hari ini saya mencabar anak-anak muda MATUNGGONG! Bangkitlah, dan tanggapilah bahawa anda adalah pemimpin  pelapis khususnya bagi daerah kita.(MATUNGGONG)." ANAK-ANAK MUDA ADALAH PEMIMPIN PELAPIS DIMASA AKAN DATANG"...Tanggapinya anak-anak muda daerah Matunggong!

Isnin, 11 Oktober 2010

KEPIMPINAN KETUA KAMPUNG


Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian setiap penghulu kampung yang telah dipercayakan untuk menjadi kepala dalam sesebuah kampung dan tahniah diucapkan kepada mereka.Namun sejauh manakah kualiti kepimpinan mereka,tidak dinafikan dimana kebanyakan di antara ketua kampung di daerah Matunggong  langsung tidak mempunyai pendidikan,bayangkan jika seorang buta melintas jalan, dapatkah individu tersebut  berjalan seiring dengan mereka yang normal, sedemikian juga dengan isu ketua kampung,mereka haruslah berkarisma, berkarekter, memiliki pemikiran yang saksama dan bersifat adil dalam segala hal.Sebaiknya kelayakan untuk melantik penghulu kampung atau apa sahaja kepimpinan haruslah di, kerana ini akan mempengaruhi keharmonian, kesefahaman sesebuah kampung, sebagai contoh kampung saya sendiri, kepimpinan beliau sebagai penghulu tidak diterima ramai pihak meskipun beliau telah lama menjadi penghulu di kampung, ini kerana tiada kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan juga berlaku tidak adil terhadap penduduk kampung.Hal ini menyebabkan penduduk tidak senang dan berlaku ketidaksatuan dikalangan penduduk kampung sendiri, saling memperkatakan di antara satu dengan yang lain, sampai bila bangsa kita(RUNGUS) akan maju jika keadaan sedemikian akan berterusan.Saya berharap agar setiap pemimpin yang dilantik tidak kira dalam tanggungjawab kecil mahupun besar haruslah berlandaskan pendidikan dan kualiti seseorang itu dan bukannya dengan kemampuan untuk berbicara, Seni komunikasi tidak terletak pada kemampuan untuk berbicara, tetapi pada kemampuan untuk mendengar.

Ahad, 10 Oktober 2010

DAERAH MATUNGGONG


    Sekali sahaja diungkapkan nama Daerah Matunggong, hampir seluruh masayarakat berbilang kaum dan bangsa di Sabah Negeri Di Bawah Bayu tahu dimana terletaknya daerah ini, yang mana ianya dikenali sebagai tempat "PELANCONGAN" dengan adanya tempat yang dikenali sebagai "GUMANTONG" di kampung Gombizau dan "LONG HOUSE BAVANGAZO" di kampung Tinangol, sumber hidupan semula jadi tumbuh-tumbuhan flora dan fauna, pengeluar "MADU LEBAH" dan juga industri pembuatan "GONG" di daerah Matunggong. Akan tetapi jika dinilai secara pratikal daerah kita (Matunggong), transfomasi bagi sesebuah kawasan itu tidak dapat dilihat dengan jelas, sepertinya hanya sebahagian kecil yang mencapai transfomasi , daerah Matunggong sepertinya tidak mempunyai perancangan awal daripada pihak-pihak yang berkaitan, hal ini berkait rapat dengan pencapaian dan masa depan daerah Matunggong. Ianya harus di rancangan lebih awal, masayarakat kita, bangsa kita, kawasan kita seharusnya tidak ketinggalan sebagaimana tempat-tempat yang lain yang sudah mengalami transfomasi dalam sesebuah daerah. Hal sedemikian harus dirancang seawalnya, dan penggerak utama ialah pemimpin kawasan kita Yang Berhormat, kepimpinan dan keterbukaan yang berhormat amatlah kami hargai, di samping itu saya juga mencabar anak-anak muda kawasan Matunggong khususnya suku kaum(Rungus)agar lebih berdaya saing dengan masayarakat seluruh Malaysia, anak-anak muda,kita semua adalah pemangkin masa hadapan khususnya kawasan kita (Matunggong).